Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Repack Baja AG Calcium Nitrate 1kg
Product Description
Repack Baja AG Calcium Nitrate 1kg Baja kalsium nitrat berfungsi membekalkan nutrien penting nitrogen dan kalsium kepada tumbuhan, yang membantu dalam pertumbuhan keseluruhan, pembentukan sel dan protein, meningkatkan kualiti dan daya tahan buah serta bunga, dan mengurangkan serangan penyakit dan perosak. Baja ini boleh digunakan dalam sistem fertigasi dan hidroponik, serta sebagai baja tabur, semburan foliar, dan dilarutkan dalam air. Manfaat Utama Baja Kalsium Nitrat: ✔️ Pembekal Dua Nutrien: Membekalkan nitrogen untuk pertumbuhan daun dan batang serta kalsium untuk pembentukan dinding sel tumbuhan. ✔️Meningkatkan Kualiti Buah: Membantu meningkatkan kualiti dan kesegaran buah, serta mengurangkan masalah buah yang gugur, busuk, atau retak. ✔️ Memperkuatkan Tumbuhan: Meningkatkan ketahanan pokok terhadap penyakit, serangan serangga, dan tekanan persekitaran seperti haba. ✔️ Merangsang Pertumbuhan Akar: Menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan akar yang sihat. ✔️ Meningkatkan Hasil Tumbuhan: Membantu meningkatkan hasil bunga dan buah serta keseluruhan perkembangan pokok. Kandungan Nutrien: Total Nitrogen (N): 15.5% - Nitrate-N (NO3--N): 14.4% - Ammoniacal-N (NH4+-N): 1.1% Calcium (Ca): 19.0% Max. Solubility (20oC): 1,200 g/L EC (1g/L @ 25oC): 1.2 mS/cm Calcium Oxide (CaO): 26.3% pH (10% solution): 6.0 Berat: 1kg <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder


