Back to home
Anak Pokok Turi/Geti Merah - Image 1
Anak Pokok Turi/Geti Merah - Image 2
Anak Pokok Turi/Geti Merah - Image 3
Anak Pokok Turi/Geti Merah - Image 4
1 / 4
Rosdi Bin Ahmad

Rosdi Bin Ahmad

@figamanputra

Product Details

Anak Pokok Turi/Geti Merah

RM 25.00

Product Description

Anak Pokok Turi/Geti Merah Turi atau geti (Sesbania grandiflora syn. Aeschynomene grandiflora) adalah sejenis sayur tradisional. Pokok bersaiz kecil ini berasal dari Asia Tenggara dan tumbuh di kawasan yang panas dan lembap. Pucuk atau daun muda geti kadang-kadang dijual di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis. Masyarakat desa juga menganggap pucuk geti sebagai julap. Jus dan bunganya dikatakan boleh mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar pula dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak. Pucuk turi mengandungi khasiat yang tinggi, terutama vitamin C. Dalam tiap-tiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 77.2 g, protein 8.4 g, lemak 1.1 g, karbohidrat 9.7 g, serat 1.8 g, kalsium 181 miligram (mg), fosforus 29 mg, besi 0.3 mg, natrium 23 mg, kalium 356 mg, karotena 5022 ug vitamin A 837 ug, vitamin B1 0.06 mg, B2 0.71, niasin 2.4 mg, vitamin C 114 mg. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder

Buy via App

Purchases can only be completed inside the Rasuk mobile app.

Get it on Google PlayDownload on the App Store
Anak Pokok Turi/Geti Merah | RM 25.00 | Rasuk Shop | Rasuk