Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Anak Pokok Senduduk Putih aka White Melastoma Malabathricum
Product Description
Anak Pokok Senduduk Putih Senduduk putih atau keduduk putih atau white Singapore rhododendron atau senduduk gunung dalam famili Melastoma malabathricum ialah pohon renek bersaiz sederhana yang membesar hingga 6 m tinggi. Batang berdaun mudah, bertentangan, kemerahan dan ekstipulat. Daun berbentuk eliptik sehingga lanseolat, pangkal daun membulat sehingga runcing, atas dan bawah daun berbulu lembut sehingga berbulu keras. Tumbuhan ini mempunyai bunga putih dengan warna ungu merah jambu dan kadang-kadang terdapat tiga bunga dalam satu jambak bunga. Buahnya adalah kapsul, berisi, mendedahkan pulpa biru gelap lembut dengan biji jingga. Senduduk putih dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan digunakan oleh masyarakat Melayu untuk rawatan luka, penjagaan selepas bersalin dan pencegahan parut daripada jangkitan cacar kecil. Ia juga digunakan sebagai pencuci muka. Selain itu, air rebusan daun dan pucuk senduduk digunakan untuk cirit-birit dan campuran rebusan daun dan akar digunakan untuk wanita selepas bersalin. Ketinggian: dalam 2 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder




