Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Anak Pokok Sayur Salang
Product Description
Anak Pokok Sayur Salang Pokok Salang atau nama saintifiknya Claoxylon longifolium boleh dikatakan popular di negeri sebelah utara khususnya di Perak. Sayur ini kebiasaanya di buat masak lemak dengan santan kelapa atau dibuat sayur manis. Ada juga menjadikannya sebagai ulam setelah mencelur terlebih dahulu. Mengikut rujukan, pokok salang mampu mencapai ketinggian 3-5 meter dan daunnya boleh mencapai 15cm lebar dan 40cm panjang. Buahnya berbentuk kapsul, berpangsa tiga, berwarna hijau semasa muda dan bertukar perang apabila masak. Buah ini terbuka sendiri apabila masak. Ketinggian: melebihi 1 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder