Back to home
Anak Pokok Pisang Rastali - Image 1
Anak Pokok Pisang Rastali - Image 2
Anak Pokok Pisang Rastali - Image 3
Anak Pokok Pisang Rastali - Image 4
1 / 4
Rosdi Bin Ahmad

Rosdi Bin Ahmad

@figamanputra

Product Details

Anak Pokok Pisang Rastali

RM 25.00

Product Description

Anak Pokok Pisang Rastali Ada yang menyangkakan pisang Pisang Rastali dan Pisang Emas seakan-akan pisang yang sama. Namun, ia sebenarnya dua jenis pisang yang berbeza. Pisang Emas isinya kekuningan manakala Pisang Rastali pula isinya berwarna putih. Rupa bentuk luarnya juga ada sedikit kelainan. Memang benar ada pendapat yang menyatakan Pisang Rastali semakin sukar untuk ditemui kerana disebabkan nilai komersialnya yang kurang. Pisang ini tidaklah enak berbanding dengan Pisang Emas atau Pisang Lemak Manis. Namun, rupa-rupanya jika ingin makan pisang ini perlu tunggu pisang ini betul-betul masak atau ranum. Baru sedap dimakan !! Jika tidak pisang ini rasanya kelat.. Di sebelah pantai Tumur, Pisang Rastali ini lebih popular dengan nama Kelat Keling dan sebahagian tempat menyebutnya Pisang Meda. Ada sesetengah pendapat pula menyatakan pisang ini terdapat 3 jenis iaitu Kelat Keling, Kelat Air dan Kelat Lega. Pisang Kelat Lega biasa dibuat goreng pisang atau disira sebaliknya Pisang Kelat Keling tidak sesuai digoreng. Di sebelah utara pula, ada yang makan dengan pulut, seperti makan pulut bersama durian. Anak tisu kultur. Ketinggian: dalam 1 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder

Buy via App

Purchases can only be completed inside the Rasuk mobile app.

Get it on Google PlayDownload on the App Store
Anak Pokok Pisang Rastali | RM 25.00 | Rasuk Shop | Rasuk