Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Anak Pokok Harum Sundal Malam Bunga Putih (Polianthes Tuberosa/Tuberose) Double/Berlapis dan Selapis
Product Description
Anak Pokok Harum Sundal Malam Bunga Putih Pokok Bunga Harum Sundal Malam (Pollianthes tuberosa) merupakan jenis bunga paling wangi di dunia iaitu tumbuhan daripada keluarga Asparagaceae sama seperti tanaman asparagus. Tumbuhan ini lazimnya ditanam di kawasan halaman rumah atau ditaman bunga atau taman rekerasi atau taman herba untuk mendapatkan aromanya yang sangat wangi. Pokok Bunga Harum Sundal Malam (Pollianthes tuberosa) merupakan jenis bunga paling wangi di dunia iaitu tumbuhan daripada keluarga Asparagaceae sama seperti tanaman asparagus. Tumbuhan ini lazimnya ditanam di kawasan halaman rumah atau di taman bunga atau taman rekerasi atau taman herba untuk mendapatkan aromanya yang sangat wangi. Pokok bunga harum sundal malam merupakan antara pokok yang sering dikaitkan dengan alam mistik kerana ia mempunyai bau yang harum dan berkembang pada waktu malam. Seperti bunga melur, bunga ini juga mempunyai keistimewaan khas iaitu mampu menghasilkan haruman yang kekal lama. Walaupun sudah dipetik, namun aromanya kekal sehinggalah ia kering dan layu. Bunga berwarna putih ini juga sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu dan India serta ditanam secara komersial bagi penghasilan minyak pati. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder

