Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Anak Pokok Gandasuli/Butterfly Gingers/Hedychium Coronarium Pelbagai Warna
Product Description
Anak Pokok Gandasuli/Butterfly Gingers/Hedychium Coronarium Gandasuli (juga gondasuli) atau tentulang terbang (Hedychium coronarium) adalah jenis tumbuhan herba yang mengandungi khasiat perubatan. Pokok ini berasal dari India timur laut, sampai ke pantai timur China. Tumbuhan ini sering ditemukan di tempat-tempat yang lembap dan dekat aliran air, dan dapat ditemukan di dataran rendah sampai ke ketinggian 1900 m di atas permukaan laut. Bunga berbentuk seperti kupu-kupu dengan bibir berwarna kuning dan bau harum seperti cempaka. Buahnya adalah berbentuk lenggai berwarna jingga terang, pecah setelah matang, dan mengeluarkan benih berwarna merah. Pokok ini sesuai ditanam di tempat yang mendapat sinaran matahari penuh, subur dan bersaliran baik. Ketinggian: dalam 2 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder

