Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Anak Pokok Duku Terengganu
Product Description
Anak Pokok Duku Terengganu Duku Terengganu merupakan antara varieti duku langsat yang unik kerana kemanisannya, kenyal, berbiji kecil dan rasa sejuk apabila dimakan. Buah ini adalah jenis buah bermusim yang ditanam di kawasan keliling rumah di kampung tradisional atau pada dusun komersil. Ia merupakan sejenis buah tropika yang ditanam di negara kita (Malaysia) daripada keluarga Meliaceae. Duku Terengganu banyak ditanam di Negeri Terengganu. Kawasan penanaman Duku Terengganu juga terdapat di negeri Kelantan serta beberapa lokasi di Negeri Pahang. Ulas isi Duku Terengganu mengikut bentuk buahnya adalah bulat dan lonjong (Oblong) manakala kulit buah agak nipis berbanding dengan buah duku Johor. Isinya manis, kenyal dan ada 5 ulas. Bijinya pula terasa pahit jika dikunyah. Ketinggian/Saiz: Kecil: 1 - 2 kaki. Sedang: 2 - 3 kaki. Besar: 3-4 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder
