Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Anak Pokok Dabai Atau Kembayau
Product Description
Anak Pokok Dabai Canarium Odontophyllum Dabai atau kembayau (nama saintifik: Canarium odontophyllum) ialah sejenis pokok buah dari genus Canarium dalam keluarga Burseraceae serumpun dengan kacang-kacang kenari dan pili. Pokok ini hanya boleh didapati dalam kawasan-kawasan (atau "bahagian") Sibu dan Kapit di negeri Sarawak, pulau Borneo. Buahnya perlu direndam dalam air panas terlebih dahulu agar ia dapat dilembutkan sebelum dimakan dengan garam, gula, lada hitam atau kicap. Ada yang menyatakan rasa buahnya seperti buah avokado, rasa dan tekstur ia juga adakala sering dibandingkan mirip zaitun. Buah ini boleh dimakan bersama sagu mahupun dimasak jadi lauk sambal atau nasi goreng. Bijinya juga boleh dimakan dengan rasa mirip kacang badam atau pistacio. Ketinggian: melebihi 1 kaki <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder