Back to home
Anak Pokok Chaya/Ajino.moto/Kangkung Sarawak - Image 1
Rosdi Bin Ahmad

Rosdi Bin Ahmad

@figamanputra

Product Details

Anak Pokok Chaya/Ajino.moto/Kangkung Sarawak

RM 25.00

Product Description

Anak Pokok Chaya/Ajino.moto/Kangkung Sarawak Pokok Chaya (Cnidoscolus aconitifolius) merupakan sejenis pokok daripada keluarga Euphorbiaceae yang berasal dari Semenanjung Yucatan di Mexico. Pokok yang juga dikenali dengan panggilan pokok ajinomoto mudah dikenali melalui ciri-cirinya yang unik iaitu daunnya seperti betik, tapi batang seperti batang ubi. Pokok ini juga dikenal sebagai pokok lateks kerana mengandungi lateks berwarna putih. Pokok Chaya boleh mencapai ketinggian sehingga 6 meter. Pokok Chaya menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan. Ia digunakan dalam perubatan tradisional untuk tujuan seperti mencegah diabetes, menurunkan paras kolesterol, melancarkan peredaran darah, merawat insomnia, memerangi artritis, dan mencegah anemia. Daunnya juga dianggap berfaedah untuk meningkatkan daya ingatan dan fungsi otak. Sebagai tambahan, daun Pokok Chaya mempunyai kandungan zat besi yang dua kali lebih tinggi berbanding bayam. Selain itu, daun pokok ini juga kaya dengan Vitamin A dan C. Namun, daun Chaya tidak boleh dimakan mentah kerana mengandungi hidrosianik glikosida, sebatian toksik yang boleh membahayakan tubuh manusia. Untuk menikmatinya dengan selamat, anda perlu memasak daunnya selama sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengurangkan kandungan toksik. Selain digunakan untuk tujuan perubatan, Pokok Chaya juga digunakan dalam masakan. Daunnya dimasak bersama lemak untuk menghasilkan gulai yang sedap dan lembut. 2 Pokok. Ketinggian: melebihi 1 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder

Buy via App

Purchases can only be completed inside the Rasuk mobile app.

Get it on Google PlayDownload on the App Store
Anak Pokok Chaya/Ajino.moto/Kangkung Sarawak | RM 25.00 | Rasuk Shop | Rasuk