Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Anak Pokok Bunga Tanjung aka Spanish Cherry
Product Description
Anak Pokok Bunga Tanjung aka Spanish Cherry Bunga tanjung (Mimusops elengi) dari famili Sapotaceae berasal dari kepulauan Indo-Cina dan Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali dengan nama-nama serantau Nusantara seperti tanjong (Bug., Mak.), tanju (Bim.), keupula cangè (Aceh), dan kahekis, karikis, kariskis, rekes (aneka bahasa di Sulawesi Utara). Pokok yang boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter ini mempunyai ciri yang amat digemari oleh pereka landskap dan peminat landskap iaitu bunganya yang berbau wangi serta buahnya yang menarik burung dan haiwan lain untuk datang. Bahagian yang digunakan ialah kayu, kulit batang, daun dan bunga. Bunga ini pernah dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu tidak lama selepas ia dimasyhurkan kemerdekaannya sebelum dikalahkan dari bunga-bunga lain oleh bunga raya pada 1960. Ketinggian: melebihi 1 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder