Back to home
Anak Pokok Bunga Kantan Pink - Image 1
Anak Pokok Bunga Kantan Pink - Image 2
Anak Pokok Bunga Kantan Pink - Image 3
Anak Pokok Bunga Kantan Pink - Image 4
Anak Pokok Bunga Kantan Pink - Image 5
Anak Pokok Bunga Kantan Pink - Image 6
1 / 6
Rosdi Bin Ahmad

Rosdi Bin Ahmad

@figamanputra

Product Details

Anak Pokok Bunga Kantan Pink

RM 18.75

Product Description

Anak Pokok Bunga Kantan Pink Kantan (nama botani: Etlingera elatior) merupakan sejenis tumbuhan saka herba dalam keluarga Zingiberaceae. Ia tumbuh asli di Thailand, rantau biogeografi Malesia dan pulau New Guinea. Akarnya jenis rimpang tebal yang menjalar di bawah tanah. Akar mudanya berwarna merah jambu, akar yang tua dan matang berwarna kuning air. Rimpangnya mengeluarkan banyak tunas. Pokok kantan sesuai tumbuh di kawasan berdekatan sumber air. Pucuk daun kantan tumbuh daripada rimpang selepas 18-22 hari. Helai daunnya berbentuk bulat panjang dan kasar dengan ukuran lebar kira-kira 0.20–0.915 meter (0.66–3.00 ka) panjang; 15-30 helai daunnya disusun dalam dua baris dan berselang seli. Pangkal daun berbentuk bulat atau jantung, tepinya berlekuk dengan hujung yang pendek dan meruncing. Pangkal ini gondol dan berwarna hijau menggilap tetapi berbintik halus dan rapat. Sisi bawahnya sering berwarna keunguan ketika muda. Pucuk ini tahan selama kira-kira 70 hari dengan ketinggian 3-5 meter. Pokok kantan yang tua menumbuhkan rumpun batang pokok yang banyak tetapi tidak padat. Batang-batang tuanya menyerupai batang pokok halia atau lengkuas. Bunga muncul dalam jambak berbentuk gasing dengan bertangkai panjang, ukurannya 0.5-2.5 m kali 1.5-2.5 sentimeter. Jambak bunga kantan boleh terdapat dalam warna merah, merah jambu, ungu dan putih. Kudupnya berubah warna selepas empat hingga tujuh hari. Daun pelindungnya berbentuk jorong dengan ukuran 7–18 sentimeter panjang dan 1–7 sm lebar, ia berwarna merah jambu hingga merah terang. Kelopak bunga berbentuk tabung panjang 3-3.5 sm dengan hujung yang terbelah tiga. "Bibir" lebar kelopak-kelopaknya (labellum) berbentuk seperti sudip dengan ukuran sekitar 4 sm panjang, berwarna merah terang, dan ada tepi berwarna putih atau kuning. Bunga kantan kembang selepas lebih kurang 50 hari. Ketinggian: dalam 2 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Tiada penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder

Buy via App

Purchases can only be completed inside the Rasuk mobile app.

Get it on Google PlayDownload on the App Store
Anak Pokok Bunga Kantan Pink | RM 18.75 | Rasuk Shop | Rasuk