Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Anak Pokok Bunga Inai Pelbagai Warna
Product Description
Anak Pokok Bunga Inai Pelbagai Warna Inai, daun laka (Maluku), pacar jawa, pacar cina atau pacar kuku merupakan sejenis pohon berbunga yang mana daunnya digunakan untuk mewarnai kulit badan manusia, rambut, kuku, barangan kulit (contoh: beg, uncang, tali pinggang dan sebagainya) dan juga pewarna untuk kain. Nama saintifiknya Lawsonia inermis. Batangnya perdu menegak, ia boleh membesar sehingga ketinggian 2.6m. Dahan cabang-cabangnya sering berhujung runcing. Dedaun pokok tumbuh setentang hadapan, berbentuk jorong dengan panjang antara 1.5-5.0 sm. Bunga-bunganya tumbuh di hujung cabang atau ketiak daun berukurang 4 – 20 cm panjang berwarna kuning muda atau merah jambu tua; bunga-bunga ini mengeluarkan bau sangat harum. Buah hasil senyawaan berbentuk bulat atau pipih dengan garis tengah ±0.5 cm panjang. Inai ditanam secara komersial di negara-negara EAB, Maghribi, Algeria, Yaman, Tunisia, Libya, Arab Saudi, Mesir, barat India, Iraq, Iran, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Turki, Somalia dan Sudan. Ketinggian: dalam 1 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder