Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Anak Pokok Buah Rokam/Rukam Nadir
Product Description
Anak Pokok Buah Rokam Nadir Pokok rokam atau nama saintifiknya Flacourtia rukam dari keluarga Salicaceae merupakan spesies pokok saka yang boleh tumbuh antara 5 hingga 15 meter tinggi. Berasal dari China, India dan sebahagian besar Asia Tenggara. Terdapat beberapa spesies lain termasuk F. inermis dan F. indica yang dikenali juga dengan nama seperti governer’s plum (Inggeris), Indian plum atau Indian prune, manakala di Indonesia ianya dikenali dengan nama rukam, rukem (Sumatera) atau kartu (Maluku Utara). Di Malaysia pokok rokam boleh tumbuh subur hingga mencapai ketinggian antara 8 hingga 9 meter. Tumbuhan ini bersifat separuh tropika yang boleh hidup subur di kawasan ketinggian 800 meter ke atas paras laut. Pokok rokam berkonopi merimbun dan merendang dengan daun kecil dan pendek berukuran antara 3 – 6 cm membujur (ovate) berselang seli di antara dahan dan sedikit berminyak. Ketinggian: dalam 2 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder




