Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Anak Pokok Bidara Kampung/Arab
Product Description
Anak Pokok Bidara Kampung/Arab Nama botani bagi bidara ialah Ziziphus mauritiana daripada famili Rhammnaceae. Selain bidara, tumbuhan ini juga dikenali sebagai pokok bidara epal, bidara Siam, Chinese apple, Indian jujube, nabaq, sidr, kurma merah atau kurma Cina. Pada kebiasaaannya, pokok bidara ditanam di halaman rumah terutamanya di kawasan perumahan, di kampung dan di laman rumah pengumpul pokok herba ubat-ubatan. Daun pokok bidara yang berbentuk oval dan mempunyai tiga urat daun yang menonjol. Pokok bidara merupakan pokok malar hijau yang mampu mencapai ketinggian hingga 12 meter. Pokok ini mempunyai daun ringkas, berselang, tepi daun yang bergerigi dan urat daun yang menonjol. Bunganya berwarna kuning kehijauan tumbuh secara berkelompok pada tangkai daun. Buahnya pula berbentuk drup, bujur atau ovoid yang berukuran panjang dua sentimeter hingga lima sentimeter dengan lebar antara satu sentimeter hingga tiga sentimeter. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Ketinggian: dalam 2 kaki Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder




