Back to home
Anak Pokok Beko/Beka/Bonglai - Image 1
Anak Pokok Beko/Beka/Bonglai - Image 2
Anak Pokok Beko/Beka/Bonglai - Image 3
Anak Pokok Beko/Beka/Bonglai - Image 4
Anak Pokok Beko/Beka/Bonglai - Image 5
1 / 5
Rosdi Bin Ahmad

Rosdi Bin Ahmad

@figamanputra

Product Details

Anak Pokok Beko/Beka/Bonglai

RM 27.00

Product Description

Anak Pokok Beko/Beka/Bonglai Buah Beko yang juga dikenali sebagai bonglai atau Oroxylum indicum jarang ditanam. Buah beko ada banyak manfaat untuk kesihatan. Di utara dan pantai timur, kerabu buah beko (muda) menjadi hidangan pembuka selera. Pucuknya pula direbus sebagai ulaman atau dibuat sayur dan rasanya enak, rangup dan lemak. Bagi wanita selepas bersalin, daun beko digunakan sebagai lapik batu tungku. Buahnya berbentuk leper seperti parang, berukuran 100 hingga 180 sentimeter (sm) panjang dan 7 sm lebar. Buah keluar pada hujung tangkai yang panjang. Bijinya banyak, bersaiz 3.5 hingga 7.5 sm dan mempunyai kepak lutsinar. Buah mudanya berwarna hijau, tetapi bertukar kehitam-hitaman apabila masak. Dalam satu tangkai mempunyai sehingga 10 papan buah. Pokok beko boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang. Ia sejenis pokok yang bersaiz sederhana besar dengan ketinggian sehingga 18 meter. Bentuk batangnya lurus manakala buahnya panjang menyebabkan pokok ini mudah dikenali dari jauh. Daunnya merimbun di hujung dahan, berbentuk pinat dan mengandungi tiga hingga empat helaian anak daun dalam satu tangkai. Ketinggian: dalam 2 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder

Buy via App

Purchases can only be completed inside the Rasuk mobile app.

Get it on Google PlayDownload on the App Store
Anak Pokok Beko/Beka/Bonglai | RM 27.00 | Rasuk Shop | Rasuk