Rosdi Bin Ahmad
@figamanputra
Anak Pokok Akar Dani Biasa Dan Hawaii Untuk Kelulut
Product Description
Anak Pokok Akar Dani Biasa Dan Hawaii Untuk Kelulut Akar dani, dani, udani, wudani, wedani, bidani, redani, selimpas, ceguk atau akar pontianak (nama botani: Combretum indicum) ialah spesies tumbuhan menjalar dalam keluarga Combretaceae yang menumbuhkan rumpun-rumpun bunga merah yang menarik. Ia boleh didapati di belukar, hutan-hutan primer dan sekunder, dan sepanjang tebing sungai di kawasan-kawasan tropika Asia. Ia ditanam sebagai hiasan di kebun-kebun. Perbezaan di antara akar dani biasa dan hawaii ialah akar dani hawaii, pokoknya menegak. Akar dani biasa, pokoknya menjalar. Ketinggian: dalam 2 kaki. <sila mesej dahulu untuk confirm stok sebelum place order> Sila mesej untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak. Sahabat yang rajin berkebun dan mencari anak-anak pokok serta tips berkebun, boleh menyertai group Telegram ini. https://t.me/figamanputra Dan juga group Kebun Bandar Kita di Facebook di: https://www.facebook.com/groups/kebunbandarkita/ Selamat berkebun. #jomorder

